Friday, 20 April 2018

ESP Shaklee


                                                                                        ESP Shaklee
                   

ESP atau nama panjangnya Energizing Soy Protien merupakan makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.  ESP adalah serbuk protein soya yang berkualiti tinggi. Ia didatangkan dalam bentuk canister dan beratnya adalah 850gram







Kelebihan Dan Kegunaan ESP

Memang banyak kebaikan ESP Shaklee ni.ESP juga merupakan produk Shaklee paling laris dan popular.saya sangat menyarankan kepada ibu-ibu mengandung dan mereka yang ingin kurus dengan selamat untuk memiliki produk Shaklee yang paling laris ini iaitu ESP.Antara kegunaan lain ESP Shaklee ini ialah:
·         Untuk mereka yang inginkan Awet Muda.
·         Sesuai untuk mengurangkan kedutan di muka
·         Membaiki masalah pigmentasi
·         Membekalkan tenaga
·         Membaiki memori
·         Baik untuk kesihatan prostat
·         Mengurangkan kesan parut
·         Membina otot,kuku dan rambut yang sihat
·         Mencegah Insomnia
·         Merendahkan paras kolestrol
·         Menguatkan rahim
·         Mencegah migrain
·         Menguruskan badan


BAGAIMANA CARA PENGAMBILAN ESP?


ESP boleh dibancuh dalam air suam atau air sejuk dan boleh diminum begitu sahaja. Selain itu, ESP boleh juga dibancuh bersama dengan minuman kegemaran seperti sus, milo, Horlick dan jus buah. Namun anda dinasihatkan agar tidak membancuh ESP menggunakan air panas atau air mendidih demi memelihara protein yang terkandung dalam ESP. Ini kerana protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.




APA AKAN TERJADI KALAU TUBUH KITA KEKURANGAN PROTEIN?

·     Badan akan rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya          menggeletar

·     Kolestrol tinggi, tekanan darah rendah, akan jadi pening
·     Punca ulser perut + ulser usus

·     Luka lambat sembuh akhirnya meninggalkan parut

·    Antibodi akan jadi lemah bila kurangnya protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang.



Cara order

Untuk Info & Order :

·         Nurul Hasikin Binti Salamin
·         Shaklee Independent Distributor
·         ID-1245189
·         SMS / Whatsapp 0194538388


Pilihan Pertama :

1.      Penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan Poslaju / Gdex / Citylink.
2.      Penghantaran ke alamat yang diberikan akan diproses dalam 1-4 hari berkerja untuk sampai kepada anda.


Pilihan Kedua :

1.      Walk in / Pergi sendiri ke mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia dan gunakan ID Shaklee Saya 1245189 – Nurul Hasikin Binti Salamin untuk membuat pembelian. Selepas selesai pembelian, boleh hubungi saya dan beritahu saya supplement apa yang dibeli dan saya akan beritahu bagaimana cara untuk makan suplemen Shaklee itu.





SET KULIT SHAKLEE



SET KULIT  SHAKLEE

Memiliki kulit yang bersih, cerah bebas daripada jerawat dan jeragat adalah idaman semua wanita, ditambah pula dengan kulit yang putih mulus pasti akan menambah keyakinan diri setiap orang.
Cik Shikin sendiri pernah mengalamin masalah jerawat teruk & breakout akibat menggunakan produk merkuri. Sedih rasanya bila tengok kulit berjerawat teruk.


Terdapat juga beberapa factor lain yang menjadi penyebab terjadinya jerawat :

  1. Perubahan hormon
  2. Tekanan (Stress)
  3. Pemakanan
  4. Toksin
  5. Faktor genetik
  6. Allergic atau alahan
  7. Perubahan biologi
  8. Persekitaran dan pencemaran
  9. jangkitan pada kulit
  10. Faktor cuaca

      Sebelum

Selepas




Alhamdulillah setelah mengamalkan set kecantikkan Shaklee kulit wajah Cik Shikin beransur pulih. Antara produk yang terdapat didalam set kecantikkan Shaklee adalah:


Harga Set Kecantikan Shaklee RM439.90



Set kecantikkan Shaklee terdiri daripada ESP+Vitamin C+Vitamin E

ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Manfaat :
Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.
ESP mengandungi asid amino yang penting untuk membina kuku, otot, rambut, kulit dan lain-lain. Ia merangsang pembentukan semual sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan, mengembalikan kulit yang cerah dan kepejalan otot, mengurangkan pigmentasi dan mengurangkan kesan parut.
Pengambilan ESP yang konsisten adalah kunci kepada awet muda.

Vitamin C

Manfaat :
Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
Mencerahkan kulit

Vitamin E

Manfaat :
Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan vitamin e dan sebab itu kita perlu mendapatkan dari sumber luar.
Pengambilan vitamin e dapat mencegah premature aging ( tua sebelum usia).
Menghalang pembentukan garis-garis halus (kedutan).
Mencegah pembentukan kedutan dengan cara meransang pembentukan kolagen, menyokong pembentukan sel-sel baru dan mempercepatkan pertumbuhan sel-sel kulit.
Memperbaiki serta memudarkan parut-parut jerawat.


Testemoni




Testemoni



Cara order

Untuk Info & Order :

·         Nurul Hasikin Binti Salamin
·         Shaklee Independent Distributor
·         ID-1245189
·         SMS / Whatsapp 0194538388


Pilihan Pertama :

1.      Penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan Poslaju / Gdex / Citylink.
2.      Penghantaran ke alamat yang diberikan akan diproses dalam 1-4 hari berkerja untuk sampai kepada anda.


Pilihan Kedua :

1.      Walk in / Pergi sendiri ke mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia dan gunakan ID Shaklee Saya 1245189 – Nurul Hasikin Binti Salamin untuk membuat pembelian. Selepas selesai pembelian, boleh hubungi saya dan beritahu saya supplement apa yang dibeli dan saya akan beritahu bagaimana cara untuk makan suplemen Shaklee itu.







Monday, 16 April 2018

Senarai Harga Produk Shaklee


Senarai harga Produk Shaklee

Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang harga produk Shaklee kan, bagi yang sudah biasa dengan produk Shaklee mereka pasti sudah tahu tentang harganya, namun yang baru kali pertama atau kali kedua pasti nak tahu semua harga produk Shaklee.
Disini Cik Shikin sertakan senarai produk dan juga harga untuk setiap produk Shaklee,

First sekali Cik Shikin sharekan dahulu senarai harga TOP  Produk Shaklee


ESP Shaklee
RM170.93

    
VIVIX Shaklee
RM503.50

GLA Shaklee
RM96.73


VITALEA Shaklee
RM99.38

MEAL SHAKE Shaklee
RM12.20

OMEGA GUARD Shaklee


OSTEMATRIK Shaklee
RM64.93

VITAMIN C Shaklee
RM103.35




VITAMIN E Shaklee
RM165.63


COQ-TROL PLUS Shaklee
RM157.68

ALFAFA Shaklee
RM60.95 (S)
RM108.65(B)




                 
 
Cara order

Untuk Info & Order :

·         Nurul Hasikin Binti Salamin
·         Shaklee Independent Distributor
·         ID-1245189
·         SMS / Whatsapp 0194538388


Pilihan Pertama :

1.      Penghantaran akan dibuat menggunakan perkhidmatan Poslaju / Gdex / Citylink.
2.      Penghantaran ke alamat yang diberikan akan diproses dalam 1-4 hari berkerja untuk sampai kepada anda.


Pilihan Kedua :

1.      Walk in / Pergi sendiri ke mana-mana cawangan Shaklee di Malaysia dan gunakan ID Shaklee Saya 1245189 – Nurul Hasikin Binti Salamin untuk membuat pembelian. Selepas selesai pembelian, boleh hubungi saya dan beritahu saya supplement apa yang dibeli dan saya akan beritahu bagaimana cara untuk makan suplemen Shaklee itu.

        






Monday, 25 December 2017

Dasto Granola



Harini nak share pasal OAT, aku ni jenis yang tak berapa suka OAT yang tanpa perasa,
pernah la beberapa kali beli konon-konon nak makan makanan berkhasiat la. Dan akhiranya lepas sekali atau 2 kali OAT tersebut akan berakhir di tong sampah. Membazir kan..

Kalau simpan pun sampai setahun kemudian akan buang jugak. Buruknya tabiat buang makanan berkhasiat sebab rasa tak sedap.

Sampai laaa satu hari ni ternampak member masa zaman Poly dulu post pasal Dasto Granola, sebab nak support bisnes member aku pun oder la 2 pax Granola. Dasto Granola Chrunchy dan  Granola Super Seeds.



Granola Super Seeds & Chrunchy Granola


Dasto Chrunchy Granola

Sekali dah cuba Dasto Granola ni memang jatuh hati la, terutama Chrunchy Granola memang sedap rasa dia dan buat lagi best boleh makan macam tu je, tak perlu campur air panas or masak macam OAT biasa, dalam dia pulak ada campuran kepingan badam, biji labu, mangga kering, kismis dicampur dengan Sirap nipah dan juga Gula perang.

Apakah Dasto Garnola (Sumber Google)

Granola secara asasnya adalah bijirin untuk sarapan yang terdiri dari biji-bijian, oat, buah-buahan kering dan madu.  Lazimnya granola di ambil bersama susu atau yogurt. 
Dasto Garnola merupakan produk keluaran bumiputera iaitu Dr. Aishah Solution Sdn. Bhd.  Produk ini dihasilkan untuk membantu golongan yang mengalam masalah obesiti dan mementingkan gaya hidup sihat.  Sesiapa sahaja boleh mengambil Dasto Granola ini tanpa perlu risaukan kesan sampingan. 


Antara kebaikan dan kelebihan Dasto Granola 
- Membantu menurunkan kolesterol
- Membantu melawaskan pencernaan
- Membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan stamina untuk aktiviti harian
- Membantu jantung lebih sihat
- Mencantikkan kulit
- Membantu membina tulang yang kuat
- Membantu mencegah anemia
- Membantu mengelakkan kencing manis
- Membantu mencegah kanser

Granola Super Seeds

Granola Super Seeds pulak more pada kekacang, jadi orang yang suka makan kacang, kuaci confirm in love with Super seeds. Dalam Super seeds ni ada Goji berry, flax seeds, pumkin seed, sunflower seeds dicampur dengan brown sugar dan juga corn oil.




Aku suka buat overnight OAT..malam sebelum tidur masukkan dalam peti esok boleh la bawak makan dekat office. Memang super sedap la.





My Overnight OAT
 Bahan-Bahan:

Chrunchy Garnola
Susu strawbery (boleh guna apa2 jenis susu dan perasa)
Plain Yougurt
Buah Berry (boleh campur banyak jenis buah lagi best)

Cara:

1) Mula-mula masukkan 3 sudu Oat
2) Kemudian masukkan susu strawbery sama dengan air
3)Masukkan Yougurt
4)Taburkan Buah
*Ulang langkah diatas menjadi 2 atau 3 layer
Kemudian masukkan kedalam peti sejuk semalaman
Dan boleh la dimakan







Ni antara yang aku penah buat la, biasanya kalau buat super seeds aku akan campur dengan sedikit madu, rasa dia memang cnfirm sedap. Tak rugi beli dan aku akan sentiasa pastikan stok Granola sentiasa ada dekat rumah dan juga office.Jadi sesiapa yang nak makanan yang sedap dan berkhasiat wajib cuba Dasto Ganola ni.

P/S: Dasto granola ni juga boleh ditabur atas aiskrim, memang sedap sangat makan aiskrim ditambah rangup dasto granola

Selamat Mencuba.










Monday, 7 September 2015

Percutian Ke Labuan Sept 2015


Percutian aku ke labuan kali ni memang tak dirancang..Semuanya last minit plan,
Beli tiket flight hari selasa dan fly to Labuan hari Jumaat. Nak ke Labuan memang tak banyak pilihan flight yang ada cuma MAS Wings and Air Asia, So aku pilih Air Asia la sebab tiketnya murah sikit, sikit je tau bukannya banyak sebab beli last minit harga memang buat aku tercekik nasib baik la ada yang sponser. Agak teruja la First time nak ke Labuan ni walaupun tiket mahal, Aku ambk flight pagi 4-Sept-2015.


                                                    
Sampai Labuan lebih kurang jam 9.45pagi. Kalau dekat KL memang rasa awal tapi dekat labuan time tu dah 32darjah celcius agak panas la. Airport Labuan kecik je, aku rasa TBS pun lagi besar. So bila sampai je kena tunggu En.Driver kita sebab dia pun kena fly pagi tu, Nasib baik la KEM TUDM sebelah je dengan Airport Labuan.


                                                                    Ready to Fly

Indah sungguh ciptaan yang maha Esa


Di Labuan aku menginap dekat iCasa Hotel, Harga satu malam di hotel tersebut RM130 aku ambil untuk 2 malam la, Jumaat sampai Ahad.Pekerja Hotel sangat-sangat peramah, tapi yang buat aku dengan Ejat tergelak bila manager dia cakap aku pernah stay dekat Hotel ni before this. Muka familiar agaknya, ni baru kali pertama hakak jejak kaki dekat Labuan ye. Bilik hotel tak mewah tapi aku sangat puas hati la sebab besar dan bersih. Lepas Check in aku rehat dulu dalam bilik Ejat kena sambung kerja sampai petang.

Dekat Labuan ni malam dia awal. Dalam pkul 6.30petang dah mula gelap. So petang vs malam tu kitaorng pergi makan seafood, nama restoran tak ingat la..sebab da nampak ketam besar-besar kan.
aku ni jenis yang tak makan banyak ejat pilih 4 ekor ketam beso dengan udang sahaja for our dinner, Ketam masak berlada dan buttermilk udang plak masak sambal.


Ketam dia memang besar

Pemandangan dari tempat makan kami

Lepas makan kami jalan-jalan dekat Bandar Labuan ni, Hurmmm bandar dia dah sunyi kedai-kedai pun tutup awal memang berbeza la dengan KL. Ejat bawak pergi Marine Museum kami ambil angin malam dekat sana, sebenrnya tengok kapal-kapal laut yang berlabuh di kawasan tu je. Bila balik hotel baru aku sedar yang kawasan hotel tu dipenuhi dengan Club,Pub,rumah urut. Naik bilik tido jela esok nak jalan lagi


Pagi sabtu ni agak lawak sebab ejat tau aku jenis kena makan pagi, tapi pagi tu telefon dia prob plak massage tak deliver so 2jam la dia tunggu dekat bawah hotel, Daripada nak bfst kami terus Lunch, makan dekat Restoran SCR, makan nasi ayam.

Harini nak pergi ke satu-satunya Mall yang ada dekat Labuan ni UJANA KEWANGAN, dekat sini aku beli sourvenir dengan coklat. 




Sakan akk Selfie



Dekat Ujana Kewangan ni aku cuma beli 5 kotak Pepero dengan Coklat Cadbury Turkish Delight je, konon2 jaga badan la sebab sebelum Raya haritu Ejat balik dia belikan coklat banyak sampai berkembang aku.
Habis membeli kami pergi ke Peace Park plak, disebabkan cuaca terlalu panas kami cuma duduk di kedai sambil menikmati air kelapa. Kebetulan sebelum ke Peace Park Ejat ada beli buah manggis dapat la merasa buah hasil dari Labuan.
Malam tu tak keluar berjalan sebab aku tertido dari petang bila sedar da pukul 4 pagi, penat sangat agaknya.

Last Day keluar lewat la sebab nak terus check out, sekali lagi pergi Ujana Kewangan untuk makan tengahari, aku oder mee goreng basah ejat plak makan mee sup, pelik sikit la sebab biasanya kalau mee goreng dekat KL di letak ayam dengan daging tapi di Labuan mereka letak udang dan Isi ikan.
Lepas makan Ejat cari kasut bola plak.

Lepas keluar dari Ujana Kewangan tu ejat bawak aku jalan-jalan pusing Labuan sekali lagi lepas tu kami berehat di Pantai, 

Tak tahu isi ikan apa,rasa dia boleh tahan sedap







Di sini mereka panggil sayap



Tinggal lagi beberapa jam sahaja sebelum balik ke KL..Walaupun sekejap tapi tetap seronok dapat menjejakkan kaki ke Labuan. Harap-harap ini bukanlah kali pertama dan terakhir, Lagi sedih bila nak tinggalkan ejat dekat sana, Kalau aku yang hantar dia dekat KLIA tak la sedih macam ni, Insyaallah nanti akan sampai lagi ke Labuan.Flight balik jam 7.35p.m. Nasib baik boleh tahan diri daripada buat Drama dekat Airport sebelum balik, sampai ejat tegur kenapa nak naik kapal cepat sangat, sebenarnya tak nak dia nampak aku sedih.







Thursday, 8 January 2015

Annual Dinner Retro


Seperti yang aku janji sebelum ni, aku nak post gambar aku masa dinner haritu dengan tema RETRO Night. Puas aku cari tempat untuk solek n gaya rambut akhirnya Kimarie SS2 menjadi pilihan disebabkan harga yang berpatutan. Untuk solekkan & dandan rambut hanya RM120, Berbeza sangat dengan harga yang aku pergi survey dekat Kelana Jaya.



Aku minta rambut macam ni..baru la Retro kan..


Masa aku sampai tu hujan punya la lebat, orang yang menunggu turn pun ramai, nasib baiklah aku da buat booking awal..So i buat dulu yer..Dengan harapan dapat la untuk kategori dress malam tu walaupun sebenarnya aku pakai biasa-biasa je.
Dan...yeah..i dapat top 5 u..berbaloi-balaoi rasanya dengan  baju RM49.90. Rezeki aku malam tu.






Yang macam Alvis ni la Boss aku


Makan dekat Sharaton Hotel ni memang memuaskan hati aku, sebab aku suka makan, semua aku telan jer..Batu dengan kayu je aku tolak..hahahahaaaa..yang penting HAPPY kan..Yang buat aku bertambah-tambah Happy bila sampai time LUCKY DRAW..wow..siapa tak nak kan, Tahun lepas masa Dinner Glomac Bhd aku dapat TV LED tahun  ni mesti target lebih. dan Alhamdulillah...




?????????


Nilai sebenar dirahsiakan.Kalau boleh nak senyum sampai telinga k..Unexpected!!!!..rezeki hujung tahun, yang pasti balik Dinner terus g Dating, Malam tu semua staff ikut tema, Husban ika yang sangat sporting pun datang denga gaya RETRO.




Jemput Tengok ye





Gambar wajib with Summer


K.Zai,Aku,Kenny & Ivan



Wajah-wajah ceria


Style kan mereka









Tuesday, 16 December 2014

Dinner Company



Disebabkan lagi 3 hari company aku akan adakan Annual Dinner so harini aku nak cerita sikit la pasal Annual Dinner. Sebenarnya aku sedih sebab tempat aku selalu make up untuk dinner da tak bukak lagi.. Nama kedai tu Guys & Dolls Kelana Jaya. Servis bagi aku sangat memuaskan hati la, sebab aku rasa CANTIK..perasan kan..Hahahahahaa....

Tema dinner kali ni RETRO, RETRO tu macam mana????Puas aku dok menggoogle..
akhirnya aku pergi la Times Square beli baju yang aku rasa retro yang memenuhi citarasa aku..
Best Dress dapat 5K..fuhhh..banyak tu..



Ni la baju yang aku rasa RETRO versi aku..Aku pilih baju ni sebab tak nak membazir, lepas ni boleh lagi pakai baju ni untuk jalan2..jimat kan..dan yang paling penting harganya murah sangat RM50 untuk baju dan skrit. Gambar aku pakai baju ni tunggu next entry la.


Sekarang nak cerita apa yang aku pakai masa Annual Dinner company lama, Yang pertama ni tema dia Chinese New Year, so aku pilih untuk pakai Cheongsam.







Make up dekat Guys & Dolls lar pilihan aku, nama akk yang makeupkan aku ni kak Ella, Maklum la sebelum ni aku tak pernah make up. Dinner ni buat dekat ARMADA HOTEL


Kak Ella buat rambut punya la cantik, sampai je dekat Hotel aku g meredah hujan dengan Awatiff habis rambut.


Dalam toilet pun sempat POSE lagi





Wahhh...Dapat naik stage..kena buat Catwalk malunya, tapi dapat first price untuk best dress..berbaloi la jugak kan...


Next Dinner still pilih GUYS & Dolls tapi kak ella dah berhenti, so orang lain yang solekkan aku, not bad cuma aku kena tunggu lama walaupun dah buat appoiment, kesian Farrah tunggu depan rumah aku. Siap je kitaorang terus gerak ke Sime Darby Convention Centre.

 Selfie 



Dinner kali ni memang jimat banyak, aku pinjam dress kakak aku je..free la kan, kasut pulak aku pkai kasut hadiah daripada Ex-Boifren masa aku konvo dulu, aku cuma beli kardigan kuning yang cantik RM35. Masa dinner ni aku dapat TV LED 32''..Yeah...rezeki...tak sia-sia aku datang. 






Mata sepet tu memang semulajadi, memang dah tak boleh nak besokan. Ada lagi 3 hari untuk aku cari saloon make up hope dapat la jumpa yang memuaskan hati aku. Next entry nanti aku akan share cerita dan gambar aku Dinner RETRO k.