Tuesday 16 December 2014

Dinner Company



Disebabkan lagi 3 hari company aku akan adakan Annual Dinner so harini aku nak cerita sikit la pasal Annual Dinner. Sebenarnya aku sedih sebab tempat aku selalu make up untuk dinner da tak bukak lagi.. Nama kedai tu Guys & Dolls Kelana Jaya. Servis bagi aku sangat memuaskan hati la, sebab aku rasa CANTIK..perasan kan..Hahahahahaa....

Tema dinner kali ni RETRO, RETRO tu macam mana????Puas aku dok menggoogle..
akhirnya aku pergi la Times Square beli baju yang aku rasa retro yang memenuhi citarasa aku..
Best Dress dapat 5K..fuhhh..banyak tu..



Ni la baju yang aku rasa RETRO versi aku..Aku pilih baju ni sebab tak nak membazir, lepas ni boleh lagi pakai baju ni untuk jalan2..jimat kan..dan yang paling penting harganya murah sangat RM50 untuk baju dan skrit. Gambar aku pakai baju ni tunggu next entry la.


Sekarang nak cerita apa yang aku pakai masa Annual Dinner company lama, Yang pertama ni tema dia Chinese New Year, so aku pilih untuk pakai Cheongsam.







Make up dekat Guys & Dolls lar pilihan aku, nama akk yang makeupkan aku ni kak Ella, Maklum la sebelum ni aku tak pernah make up. Dinner ni buat dekat ARMADA HOTEL


Kak Ella buat rambut punya la cantik, sampai je dekat Hotel aku g meredah hujan dengan Awatiff habis rambut.


Dalam toilet pun sempat POSE lagi





Wahhh...Dapat naik stage..kena buat Catwalk malunya, tapi dapat first price untuk best dress..berbaloi la jugak kan...


Next Dinner still pilih GUYS & Dolls tapi kak ella dah berhenti, so orang lain yang solekkan aku, not bad cuma aku kena tunggu lama walaupun dah buat appoiment, kesian Farrah tunggu depan rumah aku. Siap je kitaorang terus gerak ke Sime Darby Convention Centre.

 Selfie 



Dinner kali ni memang jimat banyak, aku pinjam dress kakak aku je..free la kan, kasut pulak aku pkai kasut hadiah daripada Ex-Boifren masa aku konvo dulu, aku cuma beli kardigan kuning yang cantik RM35. Masa dinner ni aku dapat TV LED 32''..Yeah...rezeki...tak sia-sia aku datang. 






Mata sepet tu memang semulajadi, memang dah tak boleh nak besokan. Ada lagi 3 hari untuk aku cari saloon make up hope dapat la jumpa yang memuaskan hati aku. Next entry nanti aku akan share cerita dan gambar aku Dinner RETRO k.


Tuesday 9 December 2014

Percutian Ke Phuket


Percutian ke Phuket ni di sponser oleh company, atau senang cakap company trip la..Disbabkan ni la kali pertama aku keluar dari Malaysia so memang excited la kan, Trip kami pada 29/10/11 sehingga 31/10/11. Kami menaiki pesawat Air Asia awal pagi 29/10/11 memang mengatuk sangat, bila da jumpa officemate dekat LCCT tu hilang semua mengantuk lagi-lagi bila bab bergambar memang sakan kami ni  aku share sikit muka-muka excited nak bercuti.





Sampai je dekat Phuket Airport kami desambut dengan gadis-gadis yang memakai pakaian tradisional Thailand menyarungkan rantai kepada kami semua. Wah..bertambah excited aku.




Meriahkan..masa ni la first time aku jumpa dengan orang-orang site..sebab masa pergi company trip ni aku baru je 3bulan join GLOMAC BINA. Okey nak cerita pasal perbelanjaan masa dekat sana pulak. Disebabkan semuanya disponser makan, jalan, snorkeling, so aku decide cuma tukar RM400.00 tukar ke matawang bath sahaja. Dan jangan tak percaya RM400.00 tu tak habis tau.. dekat sana aku cuma guna lebih kurang RM300.00 sahaja. sebab barang-barang dekat sana murah sangat2.                                           
     

Ni first tempat yang kami lawati kuil. Dekat Phuket pengaruh Buddha sangat kuat, okey dalam kawasan kuil ni jugak boleh beli survenir, tapi aku tak beli apa-apa pun dekat sini.

                                       

Lepas tu kami bergerak ke tempat membuat T-Shrit banyak jugak la aku borong dekat tempat ni..sebab harga dia memang berpatutan. 


Bab makan pulak korang jangan risau sebab dekat sana memang banyak dan mudah nak dapatkan makanan halal dan memenuhi citarasa kita orang malaysia.

  
 

Sebelah malam nya kami ke Phuket Fantasea tempat yang sangat-sangat cantik dan persembahan yang wow..Amazing..memang rugi la kalau ke Phuket tak pergi ke Phuket Fantasea.





Hari ke-2 kami dibawa ke Krabi untuk snorkeling..First time ni..tengok muka orang takut tue..
Perjalanan ke Krabi dengan menaiki Feri aku Farrah,Awatiff feeling2 atas feri sebab kami dikelilingi dengan mat salleh..oversea sangat u alls.






Bila dah penat buat pose maut atas feri tu dan dah bersnorkling baju pun sampai kering kami singgah di Phi Phi island untuk makan tengahari membeli cenderamata, bikini sambil mencuci mata..hahahahaaa..korang pergi la sendiri nanti korang akan tahu, Phi phi island ni cantik pantainya tapi sayang sebab aku sibuk sangat shopping sampai tak sempat nak bersantai tepi pantai.







Muka memang sunburn la kan..tapi yang penting HAPPY..Pada sebelah malam pula kami berjalan di Bangla Road..tempat macam ni memang tak de dekat Malaysia Okey. Penuh dengan Club,rumah urut, aqua,barangan kulit dekat sini pun murah.Kalau lelaki memang tak lepaskan peluang untuk Tiger Show dekat sana.





Kalau ada anak bawah unur aku tak galakkan korang bawak anak korang kesini..Yang beg tu plak hasil kutipan Aku Awatiff dan Farrah.Kualiti sangat bagus korang tak rugi beli harga pun memang murah sampai sekarang aku masih pakai beg tu lagi. Dah 3 tahun.








Ni pulak gambar aku dekat hotel yang kami bermalam, sebenarnya aku terlupa nama hotel ni, Hotel ni dekat Patong dan berhadapan dengan Hard Rock Cafe Phuket senang la nak cari. Kawasan pun memang stategik sangat keluar je hotel banyak kedai mejual Souvenir dan dress yang cantik dan murah, benda wajib beli, mesti la pario dan bikini.





Monday 8 December 2014

Bermula Disini




Kenapa aku letak gambar mereka....

Sebab mereka la yang selalu ada dengan aku..banyak bagi semangat pada aku, Ikhlas menegur kalau aku buat salah..Sumpah aku sangat rindukan mereka dan GLOMAC BINA. Aku sayangkan mereka seperti keluargaku sendiri, yela aku kan duduk merantau kat KL nie,MAK ABAH jauh. Dengan siapa lagi aku nak mengadu.


Pejam celik pejam cilik da hampir 6 tahun rupanya aku dekat KL nie..Susah senang sedih gembira, jatuh bangun,dipuji dicaci..macam2 dugaan yang aku tempuh. inilah universiti of life.
belajar daripada pengalaman.


Lupa aku nak kenalkan kakak2 ku dalam gambar, mula dari yang kanan la Kak Aisah, Kak Ina, Kak Zai, Farrah, Awatiff, Kak Nina, Kak Reni, Aku dan Kak Aishah Reeza yang hujung skali pakai baju putih tu orang arab yang nak tumpang bergambar dengan kami waktu kami dekat PHUKET. Mungkin dia tengok kami ni gembira n excited sangat kot. Company Trip maunya tak happy.