Tuesday 9 December 2014

Percutian Ke Phuket


Percutian ke Phuket ni di sponser oleh company, atau senang cakap company trip la..Disbabkan ni la kali pertama aku keluar dari Malaysia so memang excited la kan, Trip kami pada 29/10/11 sehingga 31/10/11. Kami menaiki pesawat Air Asia awal pagi 29/10/11 memang mengatuk sangat, bila da jumpa officemate dekat LCCT tu hilang semua mengantuk lagi-lagi bila bab bergambar memang sakan kami ni  aku share sikit muka-muka excited nak bercuti.





Sampai je dekat Phuket Airport kami desambut dengan gadis-gadis yang memakai pakaian tradisional Thailand menyarungkan rantai kepada kami semua. Wah..bertambah excited aku.




Meriahkan..masa ni la first time aku jumpa dengan orang-orang site..sebab masa pergi company trip ni aku baru je 3bulan join GLOMAC BINA. Okey nak cerita pasal perbelanjaan masa dekat sana pulak. Disebabkan semuanya disponser makan, jalan, snorkeling, so aku decide cuma tukar RM400.00 tukar ke matawang bath sahaja. Dan jangan tak percaya RM400.00 tu tak habis tau.. dekat sana aku cuma guna lebih kurang RM300.00 sahaja. sebab barang-barang dekat sana murah sangat2.                                           
     

Ni first tempat yang kami lawati kuil. Dekat Phuket pengaruh Buddha sangat kuat, okey dalam kawasan kuil ni jugak boleh beli survenir, tapi aku tak beli apa-apa pun dekat sini.

                                       

Lepas tu kami bergerak ke tempat membuat T-Shrit banyak jugak la aku borong dekat tempat ni..sebab harga dia memang berpatutan. 


Bab makan pulak korang jangan risau sebab dekat sana memang banyak dan mudah nak dapatkan makanan halal dan memenuhi citarasa kita orang malaysia.

  
 

Sebelah malam nya kami ke Phuket Fantasea tempat yang sangat-sangat cantik dan persembahan yang wow..Amazing..memang rugi la kalau ke Phuket tak pergi ke Phuket Fantasea.





Hari ke-2 kami dibawa ke Krabi untuk snorkeling..First time ni..tengok muka orang takut tue..
Perjalanan ke Krabi dengan menaiki Feri aku Farrah,Awatiff feeling2 atas feri sebab kami dikelilingi dengan mat salleh..oversea sangat u alls.






Bila dah penat buat pose maut atas feri tu dan dah bersnorkling baju pun sampai kering kami singgah di Phi Phi island untuk makan tengahari membeli cenderamata, bikini sambil mencuci mata..hahahahaaa..korang pergi la sendiri nanti korang akan tahu, Phi phi island ni cantik pantainya tapi sayang sebab aku sibuk sangat shopping sampai tak sempat nak bersantai tepi pantai.







Muka memang sunburn la kan..tapi yang penting HAPPY..Pada sebelah malam pula kami berjalan di Bangla Road..tempat macam ni memang tak de dekat Malaysia Okey. Penuh dengan Club,rumah urut, aqua,barangan kulit dekat sini pun murah.Kalau lelaki memang tak lepaskan peluang untuk Tiger Show dekat sana.





Kalau ada anak bawah unur aku tak galakkan korang bawak anak korang kesini..Yang beg tu plak hasil kutipan Aku Awatiff dan Farrah.Kualiti sangat bagus korang tak rugi beli harga pun memang murah sampai sekarang aku masih pakai beg tu lagi. Dah 3 tahun.








Ni pulak gambar aku dekat hotel yang kami bermalam, sebenarnya aku terlupa nama hotel ni, Hotel ni dekat Patong dan berhadapan dengan Hard Rock Cafe Phuket senang la nak cari. Kawasan pun memang stategik sangat keluar je hotel banyak kedai mejual Souvenir dan dress yang cantik dan murah, benda wajib beli, mesti la pario dan bikini.





No comments:

Post a Comment