Monday, 25 December 2017

Dasto Granola



Harini nak share pasal OAT, aku ni jenis yang tak berapa suka OAT yang tanpa perasa,
pernah la beberapa kali beli konon-konon nak makan makanan berkhasiat la. Dan akhiranya lepas sekali atau 2 kali OAT tersebut akan berakhir di tong sampah. Membazir kan..

Kalau simpan pun sampai setahun kemudian akan buang jugak. Buruknya tabiat buang makanan berkhasiat sebab rasa tak sedap.

Sampai laaa satu hari ni ternampak member masa zaman Poly dulu post pasal Dasto Granola, sebab nak support bisnes member aku pun oder la 2 pax Granola. Dasto Granola Chrunchy dan  Granola Super Seeds.



Granola Super Seeds & Chrunchy Granola


Dasto Chrunchy Granola

Sekali dah cuba Dasto Granola ni memang jatuh hati la, terutama Chrunchy Granola memang sedap rasa dia dan buat lagi best boleh makan macam tu je, tak perlu campur air panas or masak macam OAT biasa, dalam dia pulak ada campuran kepingan badam, biji labu, mangga kering, kismis dicampur dengan Sirap nipah dan juga Gula perang.

Apakah Dasto Garnola (Sumber Google)

Granola secara asasnya adalah bijirin untuk sarapan yang terdiri dari biji-bijian, oat, buah-buahan kering dan madu.  Lazimnya granola di ambil bersama susu atau yogurt. 
Dasto Garnola merupakan produk keluaran bumiputera iaitu Dr. Aishah Solution Sdn. Bhd.  Produk ini dihasilkan untuk membantu golongan yang mengalam masalah obesiti dan mementingkan gaya hidup sihat.  Sesiapa sahaja boleh mengambil Dasto Granola ini tanpa perlu risaukan kesan sampingan. 


Antara kebaikan dan kelebihan Dasto Granola 
- Membantu menurunkan kolesterol
- Membantu melawaskan pencernaan
- Membantu menurunkan berat badan
- Meningkatkan stamina untuk aktiviti harian
- Membantu jantung lebih sihat
- Mencantikkan kulit
- Membantu membina tulang yang kuat
- Membantu mencegah anemia
- Membantu mengelakkan kencing manis
- Membantu mencegah kanser

Granola Super Seeds

Granola Super Seeds pulak more pada kekacang, jadi orang yang suka makan kacang, kuaci confirm in love with Super seeds. Dalam Super seeds ni ada Goji berry, flax seeds, pumkin seed, sunflower seeds dicampur dengan brown sugar dan juga corn oil.




Aku suka buat overnight OAT..malam sebelum tidur masukkan dalam peti esok boleh la bawak makan dekat office. Memang super sedap la.





My Overnight OAT
 Bahan-Bahan:

Chrunchy Garnola
Susu strawbery (boleh guna apa2 jenis susu dan perasa)
Plain Yougurt
Buah Berry (boleh campur banyak jenis buah lagi best)

Cara:

1) Mula-mula masukkan 3 sudu Oat
2) Kemudian masukkan susu strawbery sama dengan air
3)Masukkan Yougurt
4)Taburkan Buah
*Ulang langkah diatas menjadi 2 atau 3 layer
Kemudian masukkan kedalam peti sejuk semalaman
Dan boleh la dimakan







Ni antara yang aku penah buat la, biasanya kalau buat super seeds aku akan campur dengan sedikit madu, rasa dia memang cnfirm sedap. Tak rugi beli dan aku akan sentiasa pastikan stok Granola sentiasa ada dekat rumah dan juga office.Jadi sesiapa yang nak makanan yang sedap dan berkhasiat wajib cuba Dasto Ganola ni.

P/S: Dasto granola ni juga boleh ditabur atas aiskrim, memang sedap sangat makan aiskrim ditambah rangup dasto granola

Selamat Mencuba.










2 comments:

  1. Salam perkenalan Shikin,

    LZ yakin oat memberi tenaga dan khasiat yang baik jika diamalkan. Lebih-lebih lagi sekarang oat dipelbagaikan seperti Dasto Granola. Satu hari nanti LZ akan cuba..

    ReplyDelete
  2. sedap niiii. dah try. hihihihihi

    ReplyDelete